Jumat, 09 November 2007

harry potter

Harry Potter and the Deathly Hallows iaitu buku ketujuh dalam siri Harry Potter merupakan peleraian bagi keseluruhan siri Harry Potter. Dalam laman web peribadi J.K. Rowling, beliau menyatakan bahawa kerja menghasilkan karya Harry Potter and the Deathly Hallows ini telah dijalankan pada tahun 2006 dan telah tamat pada 11 Januari 2007. Buku Harry Potter yang ke-7 dan terakhir ini telah diterbitkan pada tahun 2007 iaitu pada 21 Julai 2007, seminggu selepas pelancaran filem kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix. Siri ketujuh dan terakhir novel karya J.K. Rowling ini mencatat sejarah apabila lebih 11 juta naskhah dapat dijual dalam masa 24 jam berada di pasaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kali ini, buku Harry Potter dipasarkan di 93 buah negara dan jualan awal naik kira-kira 20 peratus berbanding edisi keenam.

Tidak ada komentar: